Di saat menjelang 2 tahun perkenalan kami dia meminta untuk berpisah dah ingin membatalkan pertunangan yang sudah lebih setahun dibina. Sedih, geram, marah menjadi satu. Bermacam persoalan keluar dari hati ini. Di mana silap aku, apa kurangnya aku. Adakah engkau sudah ada yang lain? Aku betul2 keliru. dah terlalu banyak wang dan masa dihabiskan untuk dirimu.
Namun selepas sebulan engkau mengucapkan kata2 itu akhirnya aku sedar bukan salah aku. Tetapi semua ini adalah silap engkau. Engkau yang terlalu lemah dalam membuat sesuatu keputusan. Sejak bermulanya aku meminta engkau untuk memilih untuk menghalalkan aku atau meninggalkan aku sementara aku menyambung pengajian tetapi engkau memilih untuk mengikat aku dengan tali pertunangan.
Sepatutnya aku sedar itu adalah jawapan kepada istikharah aku selama ini. Engkau bukanlah calon yang terbaik untuk aku. Tetapi aku terlalu leka n asyik dengan "permainan" yang telah engkau rancangkan tanpa aku sedar. Satu pintaku tolonglah percepatkan pertemuanmu dengan orang tua ku sepertimana engkau lakukan dahulu. Jangan lah dibiarkan aku tergantung tanpa ada sebarang ikatan. engkau terlalu lemah untuk menghadapi ujian pertunangan ini dan sebenarnya penakut untuk berhadapan dengan realiti sebenar. Aku harap suatu hari nanti ibu bapa kau sedar di mana tempat sebenar untuk diletakkan dirimu itu.
No comments:
Post a Comment