Sunday, January 19, 2020

#1 confession MAKAN TANGGUNG BERAK CANGGUNG

Hai hari ni rasa nak meluah perasaan pulak. Pasai tadi duk tengok video Siti Awe tu. Kan dia ikut suami dia pi sambung belajar kat oversea. Sekarang ni ape yang dia rasa tu aku pun rasa jugak. Sebabnya aku pun used to be "career woman" la sangat. Tapi betul lah dia kata bila dah biasa kerja tiba-tiba duk rumah layan Netflix je sangat la tak best. 

Aku dulu Design Architect kat satu firm yang baru nak naik kat Subang Jaya. Nampak gah kan title tu, tapi hakikat nya bila company ko tak banyak projek masuk or projek yang ko handle projek-project renovation je. Aku bosan. Tambah pulak baru break-up dengan boyfriend, soul aku dah hilang. Lepas beberapa bulan breakup aku start cari rebound boyfriend. yes tindakan yang paling bodoh aku pernah buat. Kenal 2-3 bulan dah cakap pasal kawin blah blah blah..Pfttt. 

Ok ape yang buat aku rasa bodoh, sebab aku lepaskan kerja yang ramai idamkan. Dia yakinkan aku untuk lepaskan kerjaya aku untuk bukak cafe dengan dia. fuhh.. Lepas aku tender surat resign kat bos tetiba dia depression. Dia punya depression takdelah sampai bunuh diri, nauzubillah. tapi dia dah start tak bagi kucing dia makan, dia tak jaga kebersihan rumah dia, dia tak keluar rumah. Wei aku stress.

Sebulan je aku jenguk dia, pastu aku balik kampung stay dengan parents aku. Alhamdulillah aku still ada mak n abah yang still nak support aku, willing nak bayarkan duit kereta aku. Dekat 3 bulan jugak la aku pendam je cerita ni dari orang, sebab aku rasa low self esteem. dan sebab tu jugak lah aku tak  apply mana-mana firm aku nak cari keyakinan aku balik.

Tapi lepas sebulan  aku duk rumah, aku jumpa kawan-kawan aku, tengok video-video yang bagi inspirasi kat aku untuk teruskan hidup aku start buat resume, cari firm yang aku nak kerja lama-lama kalau boleh aku nak stay situ sampai aku pencen. aku taknak apply mana2 dah. tapi in the end aku tak submit pun resume tu sebab mostly firm yang aku usyar tu nak architect part II. Senang cerita ada master lah. Disini la bermula nya pencarian aku mencari IPTA yang certified dari LAM. Aku dulu ambik degree kat UiTM Shah Alam. tapi aku ada sejarah kat sana yang aku taknak ingat dah. 

So aim aku lembah kelang, yang ada UM, UPM, UiTM, and UKM. Aku buka semua website dorang. sebenarnya aku compare fees dorang je. Tapi bila buka website UKM aku tengok visi & misi dia ada kaitan dengan "identiti kebangsaan". yang mana kita tahu Malaysia ni ada isu dengan bangsa. so why dont I contribute something to Malaysia related to Malaysia Identity not just Malay Architecture nor  Chinese Architecture but MALAYSIA ARCHITECTURE.

Jadi korang doakan la semoga Allah mempermudahkan jalan aku menyambung pelajaran peringkat Master kat UKM. aku tengah usyar2 juga "Floor Engineer" kat area sini. nak jadi Domestic Engineer dah full plak.hahaha..(tengok la video siti awe kalau korang tak paham joke aku ni)

Tuesday, January 7, 2020

NYAMUK VS DOSA

Aku rasa semua orang kenal nyamuk tu macam mana, and apa yang dia buat sampai dia selalu kena marah. Dan  ye, aku memang tengah marah nyamuk sebab dia hisap darah aku sampai gemuk macam ni.
Image result for nyamuk
















 So I did google about mosquito and found an article about why are you mosquito magnet a.k.a human who attracts mosquito. Jadi siapakah mereka yang menarik nyamuk ini? Di sini aku akan listkan beberapa faktor yang menjadi penarik kepada nyamuk ini.

1) Wanita mengadung
2) Berlebihan berat badan(pembebasan karbon dioksida)
3) Berdarah O,(aku la tu)
4) Baru lepas minum alkohol(again they release CO2 n high metabollic rate
5) Suhu badan yang tinggi
6) Berpeluh
7) Baru bersukan dan berpeluh
8) Tengah bergerak
9) Memakai baju berwarna gelap
10) Tidak mandi seharian atau lebih

Ok sekarang kita dah tahu punca nya adalah disebabkan pembebasan karbon dioksida. Jangan tanya aku kenapa depa lagi suka CO2,aku taktau, aku bukan nyamuk kalau korang tau share la. Tapi sebenarnya main point aku bukan itu. Aku cuma nak berkongsi analogi yang membuat aku terfikir kaitan nyamuk dan orang yang membuat dosa.Kalau korang  perasan la, bila korang duk sorang dalam bilik tiba kena gigit nyamuk korang tampar tak kena.

Few minutes later dia datang balik, nyamuk yang sama. Tak serik betul dia kan. Sampai berbintat2 badan korang dek kerana nyamuk yang sekor ni. Sampai la dah gemok korang aim baik2 PANG!!! Mati dah nyamuk tu. Sama la macam kita ni. Kita tahu perkara yang kita lakukan tu berdosa, mendatangkan murka ALLAH. Dah macam2 peringatan dan peluang dia bagi. Tapi kita masih asyik dengan dosa yang kita buat tu. Langsung takda rasa bersalah.Aku pernah terbaca (kat FB kot) ada sorang awek ni share satu doa

" Ya ALLAH kau hilangkanlah nikmat aku untuk melakukan maksiat kepada-Mu, kau tambahkan lah nikmat dalam beribadah kepada-MU"

 Jadi kalau boleh, buat korang susah nak tinggalkan dosa tu cubalah amalkan doa ni selepas solat. Baca dalam Bahasa Melayu pun takpe. Allah tak kata kat Quran for Arab Speaker only. Jadi aku  harap tulisan aku ni dapat membantu kita lebih taat kepada-Nya. Jangan sampai kita dah gemuk dengan dosa dan tak bernyawa baru nak menyesal. Nauzubillahi min zalik