Tuesday, January 7, 2020

NYAMUK VS DOSA

Aku rasa semua orang kenal nyamuk tu macam mana, and apa yang dia buat sampai dia selalu kena marah. Dan  ye, aku memang tengah marah nyamuk sebab dia hisap darah aku sampai gemuk macam ni.
Image result for nyamuk
















 So I did google about mosquito and found an article about why are you mosquito magnet a.k.a human who attracts mosquito. Jadi siapakah mereka yang menarik nyamuk ini? Di sini aku akan listkan beberapa faktor yang menjadi penarik kepada nyamuk ini.

1) Wanita mengadung
2) Berlebihan berat badan(pembebasan karbon dioksida)
3) Berdarah O,(aku la tu)
4) Baru lepas minum alkohol(again they release CO2 n high metabollic rate
5) Suhu badan yang tinggi
6) Berpeluh
7) Baru bersukan dan berpeluh
8) Tengah bergerak
9) Memakai baju berwarna gelap
10) Tidak mandi seharian atau lebih

Ok sekarang kita dah tahu punca nya adalah disebabkan pembebasan karbon dioksida. Jangan tanya aku kenapa depa lagi suka CO2,aku taktau, aku bukan nyamuk kalau korang tau share la. Tapi sebenarnya main point aku bukan itu. Aku cuma nak berkongsi analogi yang membuat aku terfikir kaitan nyamuk dan orang yang membuat dosa.Kalau korang  perasan la, bila korang duk sorang dalam bilik tiba kena gigit nyamuk korang tampar tak kena.

Few minutes later dia datang balik, nyamuk yang sama. Tak serik betul dia kan. Sampai berbintat2 badan korang dek kerana nyamuk yang sekor ni. Sampai la dah gemok korang aim baik2 PANG!!! Mati dah nyamuk tu. Sama la macam kita ni. Kita tahu perkara yang kita lakukan tu berdosa, mendatangkan murka ALLAH. Dah macam2 peringatan dan peluang dia bagi. Tapi kita masih asyik dengan dosa yang kita buat tu. Langsung takda rasa bersalah.Aku pernah terbaca (kat FB kot) ada sorang awek ni share satu doa

" Ya ALLAH kau hilangkanlah nikmat aku untuk melakukan maksiat kepada-Mu, kau tambahkan lah nikmat dalam beribadah kepada-MU"

 Jadi kalau boleh, buat korang susah nak tinggalkan dosa tu cubalah amalkan doa ni selepas solat. Baca dalam Bahasa Melayu pun takpe. Allah tak kata kat Quran for Arab Speaker only. Jadi aku  harap tulisan aku ni dapat membantu kita lebih taat kepada-Nya. Jangan sampai kita dah gemuk dengan dosa dan tak bernyawa baru nak menyesal. Nauzubillahi min zalik

No comments:

Post a Comment